Thursday, December 20, 2012

GAMERS

GAMERS



Aku dulu bila dengar je perkataan gamers nie, aku mesti terbayang macam dalam cerita english, movie-movie mereka yang menggambarkan seseorang yang genius, hebat dalam apa sahaja permainan, cool la overall. Tapi bila aku dah tahu ape tu gamer yang sebenar, kenal dan dah berkawan da pun dengan mereka, tak betul rupanya..haha.
Gamers, yang betulnya adalah kaki games online, yang menghabiskan masa berjam-jam dihadapan lappy atau komputer menjalani kehidupan di alam cyber maya  mereka. Bagi yang bukan kaki games, tidak akan faham kenapa mereka sanggup menghabiskan masa seperti itu. persoalan ini haruslah ditanya kepada mereka sendiri (gamers) kerana mereka yang merasainya.
Adakah mereka sama seperti dalam movie, yang cool dan sebagainya tu? Mungkin, ada yang betul dan ada yang tidak. Tapi kalau fikir logik pun, kalau dah berhabis berjam-jam di hadapan laptop, tidak menjalankan aktiviti lain seperti riadah dan sebagainya, korang rasa apa yang terjadi kepada fiizikal dan kesihatan gamers tu? Gemuk? Tak sihat? ke guane?

Friday, November 23, 2012

Serba Salah


HATI DAN PERASAAN

Dalam kita menjalankan kehidupan, aktiviti-aktiviti seharian, sebenarnya dalam sedar tak sedar ia melibatkan hati dan perasaan. Contohnya, bila tengok skuad bola Negara turun dengan aksi yang hambar, makin lama makin merudum, sangat kecewa bila tengok, rasa macam malu pun ada. Ha, tu pun main dengan hati dan perasaan tu. L

Berbalik pula kisah aku. Aku dah lama duduk di rumah, memikirkan nak kerja, dari bulan lepas lagi. Dah bosan sangat-sangat nie, dengan income tak masuk, asyik keluar je, jadi tak selesa. Sebenarnya bukan sebab aku memilih kerja, aku tak kisah, tapi disebabkan dengan hal keluarga, aku jadi serba salah nak tinggalkan keluarga aku masa-masa camni. Kira macam kata pepatah la, “nak telan mati mak, nak luah mati bapak.”

Last-last, aku buat keputusan, bulan 12 nie, aku packing barang aku terus keluar, nekad dah nie. Kalau ayah aku ada kursus ke, ape ke, biar la. Rasa tak perlu dah aku nak teman mak aku kat rumah, adik aku pun dah habis exam dia time nie. Tak macam bulan nie, aku kena hantar dan ambik adik aku, naik kereta 20 minit, semata-mata nak dia dapat result SPM yang ok nanti. So, takpe la kot aku tangguh dulu soal kerja tu. Sabar je la…

Tuesday, November 13, 2012

Cite Kartun


Hero Super


Aku pagi tadi terasa nak tengok tv, da lama da rasenya x tengok tv pagi-pagi ni. Aku tercongok la depan tv, memilih siaran tengok kot-kot ada yang menarik. Discovery wild (550) sampai la animal planet (556), tapi da selalu tengok da. Bola? Mana ada bola pagi-pagi ni. So tengok la rancangan kat TV 1, 2, 3..stop..aku terbaca rancangan yang menarik…Superman, next Justice League. Terus aku tukar ke siaran ni. Feveret aku nie..dulu la. :p

Bagi aku, setiap orang tidak kira sebesar mana dia, setua mana dia, masing-masing masih ada jiwa kanak-kanak dalam diri mereka. Yang tidak mengaku tu, sebenarnya masih ada, tapi tenggelam oleh keadaan semasa. Dan semestinya, pada setiap kanak-kanak ada karakter superhero kegemaran masing-masing. Korang mesti ada kan?


Antara karakter superhero fiksyen yang evergreen, yang aku ingat la.. adalah Superman, Batman, Hulk, Spiderman, Iron man, watak-watak dalam X-men dan lain-lain. Bagi yang perempuan pula, ada Wonder woman, supergirl dan yang lain yang aku tak tahu sangat. Barbie bukan superhero ye kanak-kanak perempuan sekalian..haha. 

Monday, November 12, 2012

KAD DISKAUN SISWA


Kad diskaun siswa

Sebenarnya aku pun xtahu apa fungsi sebenar kad diskaun siswa, tak pernah guna pun, yela..kan baru je benda nie. Menurut dari sumber-sumber aku yang boleh aku percaya, Kad ini membantu pelajar mengurangkan kos belanja mereka. Bagi kedai-kedai terpilih, harga boleh diberi potongan diskaun kepada pemilik kad ini. Ha, yang ni aku sokong sangat la, yela dapat juga para pelajar mengurang kos sepanjang pengajian mereka kan.

Kenapa aku kecoh-kecoh pasal kad diskaun siswa ni? Sebab aku baru ambil tadi..haha.



Tapi, yang aku tahu, KFC je..yang lain tak tahu la…mmm. L

Jom try kat tempat main bowling, kira cam aktiviti sukan riadah juga tu. J  

Saturday, November 10, 2012

MAKAN MALAM KELUARGA

Ikan siakap 3 rasa, kerang goreng masak halia, sup daging,
tomyam telor dardar dan nasi putih...:p

Makan Malam di Kerdau



Hari ni aku pergi makan malam keluarga di luar. Lepas magrhib tadi, parents aku terus suruh aku dan adik aku bersiap, makan di luar. Aku pun menurut je la, bersiap dengan kadar yang segera sebab aku tak nak parents aku tunggu lama. Aku terus ke luar rumah, ayah aku dah panaskan enjin kereta dah pun, tapi orangnya tunggu kat luar, atas jalan depan rumah..oo,nak aku yang drive... Kami berempat pun bertolak menuju destinasi.

Dalam 30 minit, sampai la di kedai makan, kedai makan tepi jalan dekat simpang masuk ke Kerdau. Suasana boleh tahan juga, menarik berbanding kedai makan yang ada sekitar kawasan situ. Best nie, hati aku melonjak-lonjak, tu awek tu yang ambil order..boleh tahan..haha.
Mula menjamah, makanan yang ditunggu dah tiba.  

Sedap oo..sampai tinggal tulang..haha
Nanti aku harap dapat makan macam nie lagi dengan semua ahli keluarga aku yang lengkap, dengan anak-anak saudara aku sekali.. :p

Gila Komik

Komik dan Cosplay 


Kali ini aku akan memperkatakan tentang komik. Komik bagi aku merupakan salah satu cabang seni yang menarik. Di dalam negara ini, terdapat kartunis-kartunis tersohor yang menyumbangkan idea dan lukisan dalam industri komik tanah air kita. Antaranya adalah artis komik dari majalah Ujang seperti Petai, Ubi, Macang dan lain-lain. Komik strip seperti Lawak Kampus, karya Keith, telah berjaya meletakkannya sebagai salah satu komik lawak bertaraf antarabangsa. Aku sabagai salah seorang peminat lawak kampus, yang da kumpul semua koleksi beliau, tumpang rasa berbangga dengan pengiktirafan yang beliau dapat, sebagai salah seorang artis komik antarabangsa. Wei, bukan senang tu..

Namun, harus juga aku akui, negara yang paling banyak menghasilkan komik dan seriously menarik untuk dibaca, adalah dari negara matahari terbit, Jepun. Tengok je la, Kartun anime di tv sekarang, Naruto, Bleach dan lain-lain semua berasal dari jepun. Semua kartun atau anime ini berasal dari komik dan apabila mendapat populariti yang tinggi, mereka adaptasi kepada siri anime. Artis-artis mereka seperti Mushashi Kishimoto (Naruto), Kubo Tite (Bleach) dan lain-lain menyampaikan idea mereka dengan cukup mantap dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam penceritaan mereka, seperti semangat berpasukan, setia kawan, tidak putus asa dan lain-lain. Korang tak meminati komik atau kartun? Tipu la kalau tak pernah. Anime-anime lagenda seperti Dragon Ball, Doraemon juga berasal dari komik. Mesti pernah tengok kan?... :p


Peminat-peminat komik dan animasi bukanlah sekadar kanak-kanak kecil atau para remaja, bahkan golongan pertengahan serta veteran juga ada yang meminati komik. Tengok saja di internet, pertandingan Cosplay menarik banyak kemasukan dari remaja sehinggalah yang tua. Bagi yang tidak tahu apa itu Cosplay, pertandingan ini meminta peserta supaya memakai pakaian dan bergaya seperti watak anime yang mereka sendiri pilih. Bukan calang-calang cosplay pula tu. :p

Friday, November 9, 2012

MEMBESAR

Muhammad Aniq


Anak saudara aku, Muhammad Aniq. Nama yang ringkas dan senang disebut. Anak saudaraku yang pertama. Aku ckup teruja tengok pembesaran dia, dari mula-mula dia lahir,sehingga sekarang dia berumur 5 tahun. Comel sangat bagi aku budak sorang nie. 
Nie gambar dia waktu...ntah, tak ingat da berapa bulan.





Pastu rambut dia kena cukur,cam budak kungfu shaolin da aku tengok.. (-.-")
Kadang-kadang, ada yang cakap, parents dia orang cina ke? mmm...
Memang bila tengok macam anak orang cina pun.. :p





Bila dia da semakin , 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan sekarang..5tahun.. semakin aku nampak ciri-ciri kenakalan dia,haha.. Tapi dia tidaklah senakal kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, mungkin disebabkan asuhan Ibu Bapanya, tidakpun sebab ikut Bapa Saudaranya, aku la tu... :p



Dia peminat Ben 10, Spiderman dan Ultraman..haha. Tak perlu dipanggil, pantang dengar lagu tema rancangan kegemaran dia ni, berlari dia datang mencari dari mana punca lagu berkenaan. Biasa la..budak-budak kan... Kadang-kadang aku selalu juga mengenakan dia dengan memainkan lagu itu di telefon aku, memang lucu tengok dia membulatkan mata cari dari mana lagu tu datang. :p



Muhammad Aniq, dah besar da pun...hehe.  

26400, BANDAR PUSAT JENGKA.

Polisi Bandar Jengka-BUMIPUTERA ONLY?


Sebenarnya aku malas nak campur sangat hal-hal yang tidak bersangkut paut dengan aku. Tapi, nak kata tak sangkut langsung tak boleh juga. Aku sudah lama terfikir tentang polisi Bandar Jengka yang menentang sekeras-kerasnya peniaga bukan bumiputera untuk masuk menjalan perniagaan di dalam Bandar Jengka, namun semenjak kebelakangan ini aku lihat, kelibat kaum lain semakin banyak di kawasan Bandar Jengka. Kebetulan, tadi aku dengan adik aku makan di KFC selepas solat jumaat, dan terpandang beberapa kelompok orang Cina yang pada aku agak pelik, kerana inilah kali pertama aku tengok orang cina seramai ini dalam satu-satu masa berada dalam Bandar Jengka. Kenapa ye?

Bertentangan dengan KFC adalah pasaraya Eco RM2, memang pengurusnya melayu, tetapi mengikut sumber-sumber yang aku pun tidak tahu kepastiannya, ia sebenarnya kepunyaan orang Cina. Dan yang terbaru, sebenar tak baru juga la, Pasaraya TenTen yang baru beroperasi di Bandar Jengka, pun kepunyaan Usahawan Cina. Apa sebenarnya yang terjadi?

Pada pandangan aku, tidak salah untuk peniaga-peniaga bukan bumiputera untuk melibatkan diri dalam Market Share di Bandar Jengka, kerana itu merupakan salah satu usaha untuk membangunkan Bandar Jengka, namun haruslah mengikut quota supaya peniaga melayu kehilangan punca rezeki. Bangsa aku sendiri, bangsa melayu kadang-kadang gentar dengan kehadiran orang luar kerana mereka (peniaga melayu) merasakan mereka tidak mampu bersaing samada dari segi taktikal perniagaan, modal dan tarikan. Mentaliti ini haruslah diubah, kerana tidak semestinya peniga melayu tidak boleh bersaing dengan peniaga dari kaum lain. Lihat sahaja pengusaha Mydin, Jcorp yang juga merupakan tokoh-tokoh peniaga melayu yang namanya tidak asing lagi bagi kita. 

Aku bukan nak kata ape, tapi kebanyakan peniaga di Bandar Jengka meletakkan harga yang agak tinggi, sehingga kadang-kadang dirasakan amat melampau semata-mata untuk mengaut keuntungan. Mungkin ada eloknya dengan kemasukan peniaga cina dan india ke dalam Bandar Jengka, dan mungkin itulah sahaja bagi mereka sedar apabila pelanggan yang mereka cas berlebihan lari ke peniaga cina atau india yang mampu memberikan harga yang jauh lebih rendah. Hmm..macam mana nie..Nak telan Mati Emak, Nak Luah Mati Bapak.. (-.-")

RESULT EXAM


Debaran Result Exam


Debaran menunggu keputusan peperiksaan sememangnya perkara yang biasa bagi para pelajar. Aku juga pernah merasai perkara sebegitu, SEMALAM..haha. Aku tak boleh tidur disebab risau kerana aku tahu aku tidak memberikan yang terbaik pada peperikasaan aku yang lepas. Sudahlah aku berada di semester akhir pengajian, kalau tidak lepas macam mana? Korang pula macam mana? Mesti ada yang seperti aku, tidak keruan menunggu keputusan exam kan?
Akhirnya, bila result keluar, barulah kelegaan bertapak dihati masing-masing. Itu bagi yang lulus semua, dan bagi yang cemerlang, berbunga-bunga membawa ke mimpi. Bagaimana pula yang gagal? Hmm, kita sebagai kawan kenalah menenangkan hati rakan-rakan kita yang tidak bernasib baik agar dapat menguatkan semangat mereka dalam tempoh 'berkabung' ini. Bagi yang tidak pernah gagal, mereka mungkin tidak tahu bagaimana perasaan apabila mengetahui kegagalan yang di alami. Disinilah empati serta sikap mengambil berat diperlukan agar tidak menambahkan lagi beban perasaan rakan kita yang tidak bernasib baik itu.
Namun sebenarnya, gagal sekarang tidak semestinya gagal pada masa depan. Ia memberi pengajaran dan mematangkan hidup kita. Dan semestinya, kita akan lebih beringat agar pisang tidak berbuah dua kali. 
Dah lari dari topik, debaran result exam kita..haha. Ala..korang mesti boleh faham kan apa yang aku maksudkan. Hidup kita ni penuh dengan penantian dan debaran bagi menunggu keputusan, keputusan UPSRlah, SPMlah, STPMlah, result for every sem dekat Universiti lagi, keputusan temuduga kerja lagi, ujian saringan penyakit la, banyak la ujiannye... Tabahlah kita menghadapinya...
(-.-")

Thursday, November 8, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak


Tiba-tiba aku teringin nak makan ikan patin masak tempoyak. Terbayang-bayang aku keenakan rasa, masam-masam sedapnya gulai, kelembutan isi Ikan Patin dan kenikmatan sewaktu menjamahnya.
Sebenarnya, walaupun aku tinggal di pahang, mak pun orang pahang, memang orang pahang la senang cerita, aku tak pernah jemu dengan masakan orang pahang, terutamanya ikan patin gulai tempoyak ini. Tidak kira samada mak aku yang buat, di kedai makan, atau di kenduri, memang ikan patin masak gulai tempoyak memang mengecurkan air liur sesiapa yang melihatnya, aku tidak terkecuali. Memang tidak dinafikan kesedapan sesuatu masakan itu bergantung pada kemahiran tukang masak dan bahan masakan yang cukup, kerana itulah juga terdapat sesetengah kedai makan yang menyediakan masakan jenis ini yang kurang 'menyengat' atau tidak kena langsung dengan status masakan ikan patin gulai tempoyak yang sepatutnya sedap sehingga menjilat jari. Kerana itulah bagi sesiapa yang mahu merasa keenakan ikan patin masak tempoyak, mereka haruslah pergi ke tempat yang benar-benar terkenal dengan penyediaan ikan patin gulai tempoyak yang enak, contohnya di kedai makan di Temerloh yang berdekatan dengan tepi sungai Pahang. 

Bagi yang tidak mengetahui, rasa isi ikan patin juga dikatakan berbeza antara patin kolam, sangkar dan sungai. Ini kerana pebezaan persekitaran dan pemakanan ikan tersebut. Kesedapan isi ikan boleh diletakkan berdasarkan ranking atau nombor. Pertama ikan patin sungai, iaitu ikan patin liar yang di tangkap segar dari sungai, jenis juga memainkan peranan seperti patin buah dan patin muncung. Kedua, patin sangkar yang dibela di tepi sungai, di dalam sangkar (seperti namanya). Dan akhir sekali, patin kolam yang kurang digemari kerana rasanya yang kurang sedap.

RUNNING MAN

RUNNING MAN

Running Man merupakan rancangan variety TV Korea yang menerapkan unsur-unsur aksi di bandar di samping pengambaran dibuat di tempat-tempat popular di seluruh korea yang menjadi mercu tanda atau ikon mereka. Rancangan ini merupakan serampang 3 mata yang mana, di samping mempromosikan korea di mata dunia menerusi budaya mereka dan tempat perlancongan yang menarik di mana pengambaran dibuat, mereka memperkenalkan Korea dari satu sudut yang berbeza dan menarik.
Ditayangkan pertama kalinya pada 11 July 2010, Rancangan Televisyen dibawah SBS ini menarik perhatian ramai dengan penampilan MC popular, Yoo Jae Suk, penyanyi serta selebriti TV, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, Ha Dong Hoon (Haha), Kang Gary, Ji Suk Jin dan Lee Kwang Soo serta Song Jong Ki(yang kemudiannya keluar kerana terlibat dengan komitmen yang lain).
Permainan yang mejadi teras keseronokan Running Man (RM) ini sebenarnya adalah permainan-permainan biasa, tetapi disebabkan jenaka, perbualan serta aksi spontan dan perwatakan ahli-ahli RM, membuatkan penonton tidak kering gusi menontonnya.
Watak yang menjadi tunjang utama RM adalah 'the water Gun spy' Jae Suk, 'the commander' sparta kook (Jong Kook) dan 'RM ace' Ji Hyo. Tetapi watak-watak utama ini sahaja tidak cukup untuk melengkapkan keseronokan keluarga RM, kelucuan Haroro (Haha) serta watak yang tidak pernah bersalah, 'the Rap trends' Gary menyerikan keluarga RM ini. Tidak lupa juga, 'the Betrayal' Kwangvatar (Kwang soo) dan veteran Suk Jin.

P no More

Lesen P


Tadi aku terpandang status kawan aku yang sorang ni, P no more, maksudnya dia dah tak perlu lagi menampal P pada moto atau kereta. Sungguh gembira betul dia. Aku pun tumpang gembira la bagi pihak dia, haha..
Dalam pada itu, aku pun terfikir..kenapa perlu ada pengasingan L, P dan penuh ini? Kenapa perlu seseorang menampal P pada kenderaan mereka sekiranya tempoh Lesen P masih berjalan. Hmm..akhirnya dalam fikiran aku pun berlakulah perbincangan dan perdebatan yang seala-ala debat Parlimen..
Lesen L dan P sebenarnya sangat diperlukan bagi mengasingkan status dan taraf pemandu itu sendiri. Bagi pemendu-pemandu yang lain, apabila melihat kelibat pelekat merah P atau L, akan lebih berhati-hati terhadap kenderaan tersebut kerana mereka secara automatik tahu di fikiran mereka bahawa pemandu kenderaan tersebut masih baru dan masih kurang pengalaman di jalan raya. Jadi, apabila semua pihak memberikan tindak balas seperti ini, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini.
Bagi pihak pemegang lesen P pula, mereka harus menampal pelekat P di kenderaan mereka dan harus berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan sehingga menyebabkan lesen mereka digantung. Rupanya, lesen P ini merupakan serampang dua mata yang memberi kesan positif kepada pengguna jalan raya la kan.
Harap-harap masing-masing mampu menilai kebaikan dan keburukan secara membina dan tidak membuat keputusan secara tergesa-gesa. Majulah Diri Untuk Negara.. 
Pfft.. (-.-")

Wednesday, November 7, 2012

Kimchi Drama

Kimchi Drama



Bagi sesetengah orang, perkataan Kimchi Drama merupakan sesuatu yang asing bagi mereka. Ini kerana Kimchi drama merupakan Drama produksi daripada Korea yang memaparkan cerita-cerita samada aksi, romantis, fiksyen atau realiti kehidupan masyarakat korea. 

Drama dari Korea telah mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa semenjak bertahun dahulu, dan semakin melonjak namanya setelah kumpulan-kumpulan penyanyi K-POP melebarkan sayap memperkenalkan Korea mampu bersaing dan boleh mengeluarkan produk-produk hiburan berkualiti tinggi yang boleh menghiburkan semua masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Kehadiran drama-drama yang mencuit hati dan perasaan seperti Winter Sonata, Autumn in My Heart, My Sassy Girl sehinggalah yang terbaru seperti Faith, Athena dan sebagainya telah membuktikan bahawa Korea mampu menambat hati penonton dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri di seluruh pelusuk bumi. 

Ini belum lagi kita perkatakan tentang genre Muzik pop dan rancangan realiti TV mereka yang telah menjadi trend dan kegilaan ramai seperti lagu Gamnang Style dan realiti TV Running Man. 

OTAK dan HATI


Otak dan Hati

Selalunya, bila pasangan bercinta, selalu akan ada perselisihan antara mereka. Tidak kisahlah, sama ada perselisihan itu disebabkan perkara yang patut diselisihkan atau, hanya perkara yang remeh temeh yang sebenarnya tidak patut diperbesarkan. Bagi lelaki (sesetengah la), setelah berlaku perselisihan, mereka akan cuba menilai dimana salah mereka, dan cube untuk melakukan penambaikan demi orang yang tersayang.. Pada masa inilah berlakunya perdebatan antara Otak pemikiran dengan Hati.. 




otak : dia sedih lagi sebabkan aku? menangis? ape yang aku buat nie.... kan aku dah berjanji nk selalu happykan dia... apa yang patut aku buat ye?

hati : try la pjuk... lama-lama dia x sedih la...

otak : pujuk? yola...bukan tuan hamba sudah mengetahui, yang beta nie tidak pandai memujuk? adakah tuan hamba hilang ingatan atau sengaja menguji kesabaran beta?huhu...

hati : belajar la... 

otak : ok2, kalau belajar pun... buah hati asyik menangis je..asyik terasa jer... 

hati : haha...gua xtw beb..tue buah hati lu..

otak : hei sengal.. kalau da buah hati aku tu...mksudnye buah hati kamo la jugak...kata satu badan...aku tubi jugak dia nie nanti..

hati : eh,betul jugak..parah tue...soo..pe otak nak buat?

otak : macam nk lepaskan dia la...baik dia sedih sekali je sebab putus.. daripada sedih banyak kali..disebabkan aku plak tue.....huhu. xsanggup aku tengok beliau asyik sedih je..bergenang air mata..huuuuuu

hati : oh..nehi..kabhi nehi.. ko gila.. dia la satu-satunya buah hati kita taw.. meraung kita nanti bila dia takde..hu.

otak : daa,ko sanggup tengok dia selalu sedih sebab kita?

hati : x..

otak : so?

 last-last dua-dua blur......haha...

KEBAIKAN BANGUN AWAL PAGI

KEBAIKAN BANGUN AWAL

Sama seperti tidur awal, bangun awal juga mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Orang tua-tua pun lebih menyukai anak-anak mereka yang bangun awal, kerana menandakan seseorang itu adalah orang yang rajin dan berdisplin. Malah dalam islam juga menggalakkan umatnya bangun awal, menunaikan solat subuh, dan mengatakan bahawa pintu rezeki terbuka di awal pagi. Di samping dapat menyihatkan badan, bangun di awal pagi secara rutin dapat menyihatkan minda secara tidak langsung menjadikan tubuh badan serta dikatakan menjadi salah satu dari resipi untuk kelihatan lebih muda. Betul atau tidak, cubalah sendiri untuk mengetahui kesannya.

Ape rancangan di TV ye awal pagi nie?

Katak Oh Katak

KATAK


Setiap kali nak hujan, terutama di waktu malam, di kampung, pasti terdengar suara-suara merdu si katak. Orang dulu-dulu kata, ianya memanggil hujan, betul ke?
Dahulu, sewaktu kecil, aku percaya kata-kata makcik sebelah rumah aku ini 100%. Dan semestinya setiap kali ade bunyi si katak, aku berlari masuk ke rumah sambil menjerit, "Nak hujan!!".
Lucu kan.. :p
Tapi itu la kenangan yang akan disimpan sampai bila-bila. Kenangan sewaktu kecil.
Boleh katakan banyak kiasan dan perumpamaan melayu yang diambil dari sumber semulajadi. Ini menunjukkan yang sebenarnya Kaum Melayu peka dan prihatin terhadap alam sekiling. Apakata nanti kita bincangkan soal Melayu dan Perumpamaan? Menarik jugak tu. 

Tuesday, November 6, 2012

NARUTO

NARUTO: OBITO





Seriously, among all the comics and anime that I have been reading and watching, Naruto stands high among few others that have been my favorites. The story, concept, the theme and value are truly wonderful and I have been Naruto follower since the past 5,6 years. Never have I missed any of Naruto manga chapter except for the anime. 
But sadly, for the past few weeks I have been thinking to myself, of course regarding Naruto story line. Why must Kishimoto Mushashi ( Naruto creator ) decide to make Tobi which in the story, a member of Akatsuki, a dark organization, later to be realize as long lost friend of Kakashi sensei, Obito? Obito Uchiha, in the past is a gentle person with strong heart that change Kakashi to be the better person who he is at later chapter. The artist, Kishimoto Mushashi, have made obito to become an evil person who oppose his friends, teachers including Naruto father, Obito's own sensei, the 4th Hokage that lead the admirable person along with his wife to his death. That does not even make sense. I was hoping that Tobi would be somebody else, although there are already possibility that it might have been Obito all along. Still..it is just a man made story, not just any story, a great and interesting story if I may add.  :3